Risiko Tinggi Terkena Barah Jika Tersalah Pilih Bekas Plastik!

Ramai yang suka menggunakan bekas plastik kerana harganya lebih murah, senang dibersihkan dan tidak mudah pecah. Malah, bekas plastik tertentu juga boleh digunakan sebagai bahan alas untuk memanas atau defrost makanan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau Microwave.

Sebab itulah, bekas plastik sentiasa menjadi pilihan ramai termasuklah sebagai bekas makanan anak ke sekolah, buat isi lauk-pauk ketika kenduri-kendara dan juga digunakan dalam perniagaan harian.

Namun begitu, kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang bahaya penggunaan plastik dah mula memberi kesedaran kepada rakyat. Walaupun masih ramai yang menggunakannya, namun penggunaan sesetengah bekas plastik seperti polisterin telah dihentikan.

Bekas plastik memang mudah didapati dan harganya juga sangat murah. Di kedai Eco RM2.10, pelbagai jenis dan bentuk bekas plastik yang dijual. Semuanya mempunyai design, corak dan kegunaannya yang tersendiri.

Barangan plastik di Kedai Eco memang sangat berpatutan. Pihak Eco Shop juga telah tentukan label untuk setiap jenis bekas plastik yang dijual. Cuma kita sebagai pengguna perlulah lebih bijak memilih yang mana sesuai dan tak sesuai untuk kegunaan harian.

Untuk pengetahuan anda, bekas plastik yang berlabel nombor 6 tidak sesuai untuk diisi barang makanan secara terus ke dalam bekas tersebut. Kalau nak letak makanan yang “bersarung” seperti coklat atau gula-gula, ia boleh digunakan kerana berlapik dan tidak menyentuh bekas secara terus.

Bekas plastik yang berlabel nombor 6 ini memiliki tekstur yang tegar dan tak fleksibel. Elakkan penggunaan bekas yang tertera nombor 6 kerana boleh merembeskan stirena yang toksik kepada otak dan sistem saraf serta meningkatkan risiko barah.

Sebelum anda menggunakan bekas plastik, anda wajib mengambil tahu apa kegunaanya melalui label nombor pada setiap barangan plastik yang dibeli. Tidak kiralah beli di kedai Eco Shop atau mana-mana kedai lain. Sila semak terlebih dahulu nombor labelnya agar setiap belian dapat dimanfaatkan sebaiknya dan penggunaannya tidak membawa kemudaratan.

Tips Penggunaan Bekas Plastik dengan Cara yang Selamat

Sebagai pengguna yang bijak, kita boleh meminimumkan risiko dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Antaranya ialah:

1. Minuman yang hendak dimasukkan ke dalam bungkusan atau cawan plastik perlulah dibiarkan suam dulu. Jangan sesekali menuang minuman panas melebihi suhu 85 darjah celsius ke dalam cawan polisterina.

2. Jangan terus masukkan makanan yang masih panas dan baru dimasak ke dalam bekas. Sejukkan sebentar, barulah dibungkus.

3. Kebanyakan bekas plastik yang digunakan dalam pasaran untuk mengisi marjerin, yogurt dan aiskrim tak boleh digunakan untuk memanaskan makanan. Bekas plastik tersebut tiada ketahanan untuk haba dalam ketuhar gelombang mikro.

4. Jangan beli botol susu bayi jenis Bisphenol A. Pastikan anda membeli botol susu jenis polipropelina, silikon atau kaca yang tiada risiko kepada bayi.

5. Kurangkan membeli makanan bungkus di kedai. Jika tak nak terus makan di sana, bawa bekas plastik dari rumah yang lebih selamat. Minuman juga boleh diisi ke dalam botol kepunyaan kita.

6. Jika boleh, minta peniaga bungkuskan makanan yang tak berkuah seperti mi goreng atau nasi goreng ke dalam bungkusan kertas.

7. Jangan sesekali minum air dalam botol yang ditinggalkan di dalam kereta walaupun air tersebut masih elok dan belum dibuka.

8. Ketika memasak makanan, gunakan peralatan yang diperbuat daripada besi tahan karat atau yang diperbuat daripada kayu.

9. Jika membeli pemanas air elektrik, pastikan terdapat lapisan besi di dalamnya. Kebanyakan pemanas air di pasaran menggunakan plastik sepenuhnya.

Nota: Jangan lupa kongsikan info ni kepada orang tersayang. Moga ia memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai agar tak salah guna bekas plastik.

Sumber: Nurul Hidayah Baharom, bidadari

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!