Cara Masak Spaghetti Bolognese Versi Pedas. Sangat Sedap & Tak Muak!

Selalunya kita masak spaghetti bolognese yang biasa dan tidak cukup pedas kan. Kali ni, jom cuba resipi spaghetti bolognese versi pedas pulak. Rasanya memang sedap betul. Padu dan tidak muak. Cara penyediaannya juga mudah sahaja.

Ikuti resipi lengkap perkongsian dari Saudara Ashril di bawah.

Resipi Spaghetti Bolognese Versi Pedas

Bahan-bahan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili Padi
  • Daging Kisar
  • 1 botol sos Kimball Spaghetti
  • Sos Cili
  • Lada Hitam
  • Fishball
  • Air rebusan pasta
  • Meatball Parmesan Cheese ( Tabur time nak makan )

Cara-cara Memasak:

1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih.

2. Masukkan cili padi.

3. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul rata sehingga daging masak.

4. Masukkan lada hitam secukupnya.

5. Seterusnya masukkan sos kimball spaghetti dan sos cili.

6. Masukkan fishball, gaul rata. Siap.

7. Letakkan spaghetti dalam pinggan, tuangkan sos tadi.

8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!