Entri kali ini, kami ingin kongsikan resipi tomyam sayur Thai perkongsian daripada Cikgu Afy AL Habibi di laman facebooknya. Memang sangat sedap tomyam sayur Thai ini. Kalau dah buat tu, gerenti hirup sampai kuah. Sebenarnya tomyam sayur ini dipanggil dengan nama tomyam sayur Thai kerana ada penggunaan susu cair di dalamnya. Ianya bertujuan untuk menaikkan lagi aroma tomyam versi Thai. Manakala batang ketumbar serta hirisan daunnya juga turut ditaburkan juga.
Jom ikuti resipi di bawah.
Resipi Tomyam Sayur Thai Yang Sedap
BAHAN-BAHAN:
Sayuran:
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit kubis
- 5 biji cendawan shitake
- 1 biji tomato
- 2batang sederi
- 1/4 batang carrot
- Sebatang daun ketumbar
Bahan tumis:
- 1/2 bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 2 hiris lengkuas
- 3 helai daun limau purut
- Sehiris halia
- 1 batang serai
- 3 tangkai cili padi
- Paste tomyam
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau
- Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan sehingga isi ayam sedikit pejal. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.
- Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.
- Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.
- Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil.
- Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Kalau ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup pasti lebih sedap. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay. Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.
- Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.
- Selepas hampir waktu berbuka, barulah masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot.
- Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya. Siap!
- Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Afy AL Habibi