Resipi Teh Masala Kaww Yang Menjadi Kegemaran Ramai. Memang Padu!

Resipi terbaik Teh Masala Kaww perkongsian dari Puan Ravinder Kaur Joachim. Minuman yang dimasak dengan herba terpilih ini dikatakan sangat bagus dan mampu untuk memanaskan badan, membakar lemak, membuang angin dan mengatasi masalah peredaran darah. Tidak hairanlah Teh Masala ini sememangnya menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Jom Cuba!

Resipi Teh Masala Kaww & Padu!

Bahan-bahan:

  • Air – 2L/3L
  • Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Jintan manis
  • Kayu manis
  • Halia
  • Susu pekat
  • Susu segar
  • Susu tepung
  • Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk.
  2. Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.
  3. Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga.
  4. Masukkan juga jintan manis.
  5. Masukkan kayu manis.
  6. Tumbukkan halia.
  7. Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih.
  8. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan.
  9. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan.
  10. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati.
  11. Kemudian masukkan satu cawan susu segar.
  12. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat.
  13. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati.
  14. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  15. Kacau semua bahan.
  16. Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat.
  17. Siap untuk diminum!

Selamat mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Ravinder Kaur Joachim

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!