Hidangan nasi lemak antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Tak hairanlah kebanyakkan gerai-gerai nasi terutamanya di kampung-kampung atau bandar akan menjual menu ini setiap hari. Nasi Lemak sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau ada juga yang menjadikan nasi lemak sebagai menu hidangan bila-bila masa pun. Nasi lemak ini kebiasaanya di masak menggunakan periuk nasi biasa sahaja. Tapi kali ini jom cuba versi kukus pulak. Sebenarnya nasi lemak dimasak dengan cara kukus ini lebih sedap tau!
Bahan-bahan:
- Tiga cawan beras
- santan kotak kecil 200ml
- Air sekotak
- Daun pandan 3 helai
- Halia |dihiris
- Bawang merah |dihiris
- Sedikit garam
- 1 sb minyak masak
Cara Memasak:
1. Campur semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Tuang bahan yang sudah dikacau dalam kuali.
3. Panaskan kuali dan keringkan.
4. Masukkan dalam pengukus hingga 30-45 minit atau sehingga nasi dah masak.
5. Sedap dihidang dengan sambal, ikan bilis dan ayam berempah.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Nina Salleh