Jom masak sendiri Spicy Buttermilk Spaghetti ni. Sangat mudah dan sangat-sangat menyelerakan. Untuk mengelakkan rasa muak, boleh lebihkan cili padi atau chili flakes mengikut tahap kepedasan atau selera masing-masing. Jom lihat cara membuatnya di bawah.
Resipi Spicy Buttermilk Spaghetti
Bahan-bahan:
- Butter 2 sudu besar
- Daun Kari 10 helai
- Cili Padi 5 ( cincang )
- Bawang Putih 3 ( cincang )
- Susu Cair 1 atau 2 cawan
- Tepung Jagung letak sikit sahaja untuk pekatkan kuah
- Serbuk kunyit satu cubit
- Udang/sotong
Cara-cara Membuatnya:
- Mula-mula, cairkan butter dalam kuali. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga lauk masak. (Jangan lama sangat, nanti sotong liat)
3. Masukkan susu cair, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah kelihatan pekat.
4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : ASH (Foodhunter) @Ashril_92