Penggemar makanan mamak tentu suka makan ayam gorengnya kan? rangup dan juicy je. Makan pula ketika masih panas bersama kuah kari mamak kaww yang memang superb! Malah tidak dinafikan, harga menu ini juga agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya sendiri. Kami kongsikan resipi ayam goreng mamak yang sedap dan boleh bikin anda ketagih nak makan. Senang je caranya, boleh masak sendiri kat rumah.
RESIPI AYAM GORENG MAMAK BIKIN KETAGIH
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar :
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara Memasak :
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
Selamat Mencuba!