Resipi Spaghetti Goreng ‘Spicy’ Tersedap. Sesuai Untuk Yang ‘Tekak Melayu’.

Ikuti resipi lengkap spaghetti goreng pedas perkongsian oleh Puan Nora Azni di bawah. Sangat sedap dan mudah disediakan. Sesuai sangat untuk yang ‘tekak melayu’.

Resipi Spaghetti Goreng Pedas Tersedap

Bahan-bahan:

  • Sebungkus spaghetti ( mama guna kimball )
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes ( guna yang dominos punye pon boleh)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil (brand ape pon boleh, janji untuk masak)
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti. Kacau-kacau supaya mudah masak.
  2. Sementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil, tumiskan bawang putih.
  3. Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling ( Kacau-kacau jangan bagi hangit)
  4. Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  5. Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas.
  6. Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  7. Last sekali masukkan tomato dan sedikit pepper (mama guna pepper ajishio brand ajinomoto tu lagi sedap)
  8. Kacau-kacau supaya semua sebati.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
  10. Resipi ni dah tak perlu letak garam ye sebab dah cukup masin.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Nora Azni

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!