Resipi Spaghetti Aglio Olio Paling Lazat. Rasa Lemak Seafood Yang Perfect!

Kami kongsikan cara buat spaghetti aglio olio yang sangat lazat dan perfect. Jika makan kat kedai, selalunya rasa dia tak cukup umphh kerana menggunakan ayam, jadi kurang rasa lemak seafood. 

Kalau buat sendiri, nak letak seafood atau udang satu kilogram (kg) pun tiada masalah. Boleh makan ramai-ramai lagi. Memang berbaloi dan puas hati makan.

Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah. Perkongsian oleh Puan Nuralia Idayu.

Cara Buat Spaghetti Aglio Olio Dengan Rasa Lemak Seafood Yang Perfect

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Spaghetti
  • Udang & lala (suka hati nak letak berapa ekor)
  • Bawang putih (4-5 ulas, cincang halus)
  • Cili kering (5 tangkai)
  • Serbuk cili (sis guna Domino’s punya 3 packet)
  • Olive oil
  • Capsicum
  • Tomato cherry
  • Daun parsley/serbuk parsley

Cara-cara Membuatnya :

1. Rebus spaghetti sampai lembut atau al dente. Sejatkan, air spaghetti tu simpan sikit.

2. Panaskan kuali, masukkan olive oil. Api kecil je ye. Tumis bawang putih, jangan garing sangat. Masukkan cili kering pulak.

3. Masukkan lala. Masak sampai ternganga semua, baru masukkan udang.

4. Masukkan spaghetti. Letak serbuk cili, serbuk parsley, gaul rata. Garam gula secukup rasa.

5. Masukkan capsicum & tomato cherry. Tutup api, siap.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Nuralia Idayu

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!