Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.
Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut.
Kadang-kadang, kesan ini juga boleh menyebabkan rasa pahit dan sakit tekak jika dimakan tanpa dicuci dengan baik.
Kami kongsikan cara mudah yang anda boleh cuba untuk menghilangkan kesan lilin pada kulit anggur tersebut. Mesti anda tidak mahu selaput lilin ini masuk ke dalam perut anda kan. Jom ikuti cara-caranya di bawah.
BAHAN-BAHAN:
- Anggur
- Tepung gandum secukupnya
Cara Bersihkan Lilin Pada Buah Anggur Dengan Mudah
1. Ambil gugusan buah anggur.
2. Letakkan di dalam mangkuk atau besen.
3. Ambil tepung gandum, taburkan di atas buah anggur, lalu campur dengan air supaya ia cair sedikit.


4. Gosokkan satu persatu buah anggur dengan berhati-hati sehingga ia berkilat dan tiada lagi kesan lilin.

5. Siram semula dengan air bersih.

6. Anda boleh nampak tiada lagi selaput lilin di bahagian luar kulit anggur. Boleh dimakan terus.

Boleh juga ikuti cara-caranya pada video di bawah.
Selamat Mencuba!