Resipi Popia Coklat Rangup Paling Mudah. Hanya Guna 3 Bahan!


Selalu kita makan popia nestum je kan? Jom cuba resipi popia coklat pulak. Memang sedap sangat! Boleh dijadikan kudapan untuk seisi keluarga. Cara membuatnya pun sangat mudah dan hanya mengunakan 3 bahan sahaja. Jom cuba resipi perkongsian Puan Nurhazlinda Hamisan ini. Memang puas hati!

RESIPI POPIA COKLAT PALING SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Coklat coin milk beryls
  • Badam hancur

Cara Membuat:

  1. Gulungkan kulit popia sekeping-sekeping.
  2. Bila dah gulung, guntingkan secara serong.
  3. Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  4. Cairkan coklat coin milk berlys, bila dah cair tuangkan ke dalam popia yang digoreng tadi. Gaul sehingga popia dan coklat sebati.

5. Letakkan ke dalam bekas, taburkan badam hancur. Sejukkan dulu, baru tutup bekas. Lagi rangup kalau badam hancur tu dibakar atau digoreng kering tanpa minyak terlebih dahulu. Pastu tabur. Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Nurhazlinda Hamisan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!