Jom cuba resipi Nasi Ayam Simple yang dikongsikan oleh Puan Amirah Husain ini. Cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Malah rasanya juga memang terlajak sedap. Cuba lah!
RESIPI NASI AYAM TERLAJAK SEDAP
Bahan-bahan Untuk Sup :
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan Untuk Perap Ayam :
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan Untuk Nasi :
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan Untuk Kuah Lada :
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Cara-cara Memasak:
- Mula-mula tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
2. Selepas tu letak la air banyak mana nak tapi bagi sis kena letak banyak la sebab akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok, lepas tu masuk la ayam dan kiub pati ayam.. bila dah mendidih letak garam dan pak aji.. pastikan masak sampai ayam empuk.
3. Ok sambil-sambil tunggu sup tu masak, buatla kuah lada pulak. Blender semua ok.. isi sekali cuka, gula dan garam.
4. Lepas tu masak balik. Api slow je taw. Kacau sampai mendidih, kemudian tutup api.
5. Ok part ni bagi sis senang. setengah orang kalau nak masak nasi mesti kene tumis segala mak nenek tu kan, ok kalau resepi sis, takyah susah-susah nak tumis dah. Hanya perlu basuh beras macam biasa, lepas tu tuang la marjerin yang dah dicairkan.
6. Ok lepas tu.. ambil kuah sup yang dah masak tadi, masuk ke dalam periuk nasi. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu.. nanti nasi cantik taw.. berkilat aje..
Kuah tu ikut sukatan banyak mana masak nasi taw.. ingat tu.. opss.. jangan lupa daun pandan tau. baru la wangi nasi uols… Tanak nasi macam biasa.. jangan gatal tangan nak tambah garam ke ape ke sebab masa uolss masak sup tu dah isi kan.. so nasi u dah cukup sedap dah.
7. Ok. ni untuk perap ayam pula.. masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu tau.
8. Pastu golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi.. jangan celup dengan tangan taw sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap taw..
Ok lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap tu, letakkan dalam peti sekejap.. setengah jam pun dah ok.
Pastu goreng dengan api kuat taw..bila goreng guna api kuat, ayam akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam..walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut.. bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat..
Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap.. lebihan kuah perap ayam tu, masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung.. bile mendidih dan pekat tutup api.
9. Cuba tengok berkilat tak nasi sis.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Amirah Husain