Resipi Mee Hailam Ini Raih 97K Shares. Memang Sangat Mengiurkan!

Resipi Mee Hailam ini dikongsi oleh Puan Hasniza Hassan di laman facebooknya dan meraih sehingga 97k shares . Sangat istimewa dan rasa sedapnya memang lain dari biasa. Jom cuba resipi Mee Hailam special ni!

RESIPI MEE HAILAM YANG SEDAP & ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 hingga 1 1/2 peket mi
  • 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
  • 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
  • Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
  • 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
  • 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
  • 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
  • 1 biji tomato dibelah 2
  • 1-2 biji cili merah dipotong
  • Kobis dihiris dan sawi dipotong
  • Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam sehingga wangi dan warna kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.
  3. Selepas itu,boleh masukkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.
  4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.
  5. Masukkan udang dan sotong tetapi tidak terlalu lama.
  6. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.
  8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  9. Gaul semua bahan sehingga rata.
  10. Akhir sekali, masukkan mi dan gaul rata.
  11. Siap untuk dihidangkan.
Tumis bawang putih dan lada hitam.
Tumis hingga kekuningan. Yang ni tergaring pulak sebab tak perasan hehe.
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Terus masukkan kobis.
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Gaul rata.
Masukkan mi.
Gaul rata dan terus hidang.
Sedap dimakan terus, panas-panas.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Hasniza Hassan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!