Resipi Char Kuey Teow Mudah & Sedap. Rasa Sama Macam Makan Kat Kedai.

Resipi Char Kuey Teow simple dan sangat sedap. Rasa dia memang sebijik sama macam kat kedai. Kena cuba resipi perkongsian dari SuiSan Aliezsha‎ ni . Memang puas hati makan.

Bahan-bahan:

  • Kuey teow (cuci toskan)
  • Cili kering & bawang besar (dikisar)
  • Bahan2 tumis – cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram
  • Bawang putih (diketuk)
  • Taugeh & kucai
  • Telur
  • Udang direbus  (asingkan air)
  • Kerang (direbus)

Cara-cara Membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak lebih sikit ye. (kuey teow & myk dorg ni friend forever😆)
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, 3 sb cili yang dikisar, 1 sudu besar sos cili, 1 sb sos cili, 1 sb sos tiram, 1 sb kicap pekat, 5 sb kicap manis, garam sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan air rebusan udang, pecahkan telur dan kacau-kacau sebatikan.
  4. Kemudian masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan kucai. Pastikan guna api besar ye. 
  5. Siap!

6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: ‎SuiSan Aliezsha‎ 

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!