Resipi Lontong & Kuah Lodeh Kaww. Sedap & Senang Masak!


Lontong
dan kuah lodeh merupakan antara menu yang sangat popular di Semenanjung Malaysia. Terutamanya dikalangan mereka yang tinggal di Selatan tanah air. Menu ini simple sahaja tetapi sangat mengenyangkan. Jom ikuti resipi Lontong ringkas perkongsian dari Novelis Afieyza Isahak‎. Sangat mudah & sedap!

RESIPI LONTONG KAWW

Bahan kisar :

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Buah keras
  • Kunyit hidup
  • Udang kering
  • Ikan bilis

Bahan-bahan Lain:

-Lobak merah (potong memanjang)
-Kacang panjang (potong memanjang)
-Tauhu *

Bahan bertanda (*) digoreng terlebih dahulu

-Udang
-Fucuk (rendam sekejap)
-Soohun (basuh sahaja)

-Santan sekotak besar
-kiub ikan bilis
-asam keping
-bahan perasa

Cara Memasak :

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air untuk kuah.

2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping.

3. Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.

4. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan soohun dan tutup api.

5. Boleh tabur hirisan cili besar.

Menu Hidangan Bersama:

  1. Telur Rebus

2. Sambal tumis ikan bilis

3. Nasi Himpit

Cara Hidangan:

1. Masukkan beberapa ketul nasi himpit ke dalam mangkuk.

2. Tuang kuah ke dalam mangkuk, kemudian letak sambal tumis dan telur rebus.

3. Sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Novelis Afieyza Isahak‎

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!