Cara Buat Nasi Carrot & Ayam Masak Merah. Resipi Lengkap Gerenti Jadi!

Resipi Nasi Carrot & Ayam Masak Merah ini sememangnya sangat sedap dan sesuai dijadikan menu untuk hidangan kepada tetamu-tetamu di majlis keraian mahupun majlis kenduri. Gabungan Nasi Carrot yang dimakan bersama Ayam Masak Merah ini pasti akan memberikan sedikit kelainan di majlis anda. Jom ikuti resipi perkongsian Puan Nur Aisya ini. Mudah je!

RESIPI NASI CARROT & AYAM MASAK MERAH

Saya masak nasi yang paling simple. Barang semua ada kat rumah. Nur Aisya

RESIPI NASI CARROT

Bahan-bahan:

  • Beras basmathi (rendam 30 minit toskan, letak dalam rice cooker)
  • Carrot 1 btg (direbus dan diblend)
  • Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
  • Kiub ayam 1
  • Bwg besar -dihiris
  • Halia -dihiris
  • Daun pandan -2 helai
  • 4 sekawan (Kayu manis, bunga lawang, Bunga cengkih & Buah pelaga)
  • Marjerin dan minyak masak utk menumis

Cara Memasak:

  1. Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 4 sekawan, bawang besar dan halia hingga garing. Kemudian masukkan daun pandan. Tumis bersama.
  2. Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
  3. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air. Kalau beras biasa, sukat seperti masak nasi biasa.
  4. Kemudian, Tekan je periuk nasi dan tunggu sehingga masak. Siap!

RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
  • 4 sekawan (Kayu manis, bunga lawang, Bunga cengkih & Buah pelaga)
  • Tomato -dibuang biji dan hiris
  • Daun pandan
  • Cili kering blend bersama bwng putih dan merah
  • Sos cili
  • Bwng besar hiris
  • Gula merah (suka gula merah jenis dulu-dulu tu)

Cara Memasak:

  1. Tumis 4 sekawan, bawang besar dan daun pandan. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris.

2. Masukkan cili blend tumis sehingga garing. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah.

3. Masukkan ayam yang telah di goreng terlebih dahulu tadi. Gaul sebati beberapa minit. Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Nur Aisya

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!