Resipi mudah kuih Resoles Istimewa . Kuih ini sangat popular di Indonesia. Siapa yang pernah pergi Indonesia, pasti tahu kuih Resoles ni. Rasanya memang sedap & lembut. Inti dalamnya juga juicy jer. Jom cuba!
BAHAN -BAHAN :
Bahan Kulit
- 10 sudu tepung gandum
- 1 biji telur
- Air secukup nya
- Garam secukup nya (Kalau nak buat lebih gandakan bahan-bahannya )
- Serbuk roti(untuk goreng)
Cara-cara Buat Kulit:
***Campur semua bahan-bahan tadi dan kacau smpai sebati , air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Agak-agak tak kental dan tak cair. Lepas tu tapis supaya tak berketul.
Kemudian masak@goreng dalam kuali secara nipis-nipis seperti buat kulit kuih ketayap.
Bahan inti
- Ayam kisar atau daging kisar(yang ramly punya pun oke)
- Kentang dan carrot potong dadu lepas tu rebus smpai empuk
- Bawang putih dan bawang bombay blend secukup nya
- Serbuk lada sulah dan lada hitam
- Susu segar /susu cair secukupnya
- Susu pekat secukupnya
- Garam
- Serbuk perisa
- Daun sup dan daun bawang
- Tepung gandum(untuk tekstur kental)
CARA PENYEDIAAN :
Untuk inti
- Tumis bawang putih dan bawang bombay sampai naik bau, masuk kan ayam / daging kisar secukup nya.
- Kacau sebati , masukkan carrot dan kentang yang sudah direbus .
- Masukkan susu segar , susu pekat, lada putih dan lada hitam serta garam , serbuk perisa , tepung gandum 3 sudu makan. Dan kacau sebati sampai kental dan naik bau baru la masukkan daun sup dan daun bawang.

Untuk Resoles
- Ambil sehelai kulit yg dah di masak (masak macam kuih ketayap)
- Letak inti secukup nya gulung lepas tu campur dgn telur dan serbuk roti.
- Siap untuk di goreng .




Tips: Inti perlu di masukkan ke dalam peti sejuk selepas dimasak supaya senang di gulung.
Tips untuk kulit : Lebih kan sebijik telur kalau rasa kulit yang dimasak agak pecah atau susah dibentuk.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Nieyla Husna










