Kuew Tiaw Kungfu antara masakan mee yang sangat popular dan disukai ramai. Menu ini ringkas dan sungguh menyelerakan. Lebih-lebih lagi kalau kuahnya dimasak pekat dan cukup dengan rasa lemak seafood nya. Memang mengancam lah!
Lepas ni anda tak perlu lagi makan hidangan ini di kedai makan kerana boleh buat sendiri je kat rumah.
Ikuti resipi lengkap cara-cara membuat Kuew Tiaw Kungfu yang sedap dengan kuahnya yang pekat likat. Perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi.
Resipi Kuew Tiaw Kungfu Yang Pekat & Sedap
Bahan- bahan :
Hidangan untuk 2-3 orang
Bahan Goreng Kuew Tiaw:
- 3/4 plastik Kuew Tiaw halus
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Serbuk lada sulah
Bahan Kuah:
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 2 tangkai cili | diketuk
- 2 cawan air
- 1/2 sdb serbuk lada sulah
- 1/2 sdb perencah Hilal/ secukup rasa
- 3/4 sdb garam
- 1 atau 2 cubit gula
- 1 sdk tepung jagung (larutkan dengan sedikit air dulu)
- 1 biji telur
Bahan Lain:
- Kailan
- Carrot
- Bunga kubis
- Cili merah
- Udang
- Sotong
- Fishball
- Fishcake
- Ayam/daging (kalau nak)
Cara-cara Memasak :
1. Gaulkan semua bahan goreng kuew tiaw.
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan kuew tiaw tadi dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
3. Guna kuali sama yang goreng kuew tiaw tadi, masukkan sedikit lagi minyak. Tumiskan bawang putih dan cili.
4. Kemudian masukkan 2 cawan air.
5. Masukkan sayur kubis bunga dan carrot terlebih dahulu. Kemudian perasakan dengan serbuk lada sulah, perencah hilal, garam dan gula.
6. Seterusnya untuk pekatkan kuah masukkan air bancuhan tepung jagung tadi.
7. Selepas kubis bunga mula lembut, masukkan sotong, udang, fishball dan fishcake tadi. Kalau nak letak ayam, boleh masukkan terlebih awal.
8. Kemudian tuangkan telur dari aras atas dan kacau laju-laju.
9. Akhir sekali masukkan baki sayur.
10. Kacau seminit dan siap kuahnya. Memang pekat likat kann..
11. Sendukkan kuah ke atas kuew tiaw tadi dan sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Afy AL Habibi