Resipi Kek Kukus Coklat Cheese Paling Senang. Lembut & Moist Jer!

Resipi Kek Kukus Coklat Cheese terbaik ini perkongsian dari Saudari Erna Hasmimie di laman Facebook. Rasanya memang sedap dan tak puas makan. Sangat lembut dan moist je. Jom cuba!

RESIPI KEK KUKUS COKLAT CHEESE

Bahan-bahan:

Bahan A :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan koko
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

  • 3 biji telur ( Gred A)

Bahan C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese :

  • 250g cream cheese*
  • 60g gula castur*
  • 25g tepung gandum*
  • 25 g susu segar*
  • 1 biji telur

Cara Membuat:

  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul-ketul. Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu dan masukan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.
  3. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
  4. Setelah itu, tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.
  5. Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.

*Loyang hendaklah di sapu majerin dan di alas kertas minyak.

*Guna 1 loyang saja. Kukus selapis dulu adunan coklat selama 20 minit. Lepas tu letak cheese pula dan kukus lagi 20 minit. Last sekali letak yang coklat lagi dan kukus selama 20 minit.

Cara Membuat Adunan Cheese:

  1. Pukul semua bahan yang bertanda * kecuali telur. Pukul sampai gebu dan masukkan telur. Pukul lagi sampai sebati.
  2. Kukus semuanya.
  3. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Sumber : Erna Hasmimie
Kredit Resipi: Syarifah Al Wafa

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!