Cara Buat Sendiri Cili Kisar Supaya Tahan Lama & Tidak Berkulat. Sebulan Lebih Pun Masih Elok!

Entri kali ini, kami ingin kongsikan cara buat cili kisar supaya tahan lama dan tidak berkulat. Buat sendiri pes cili kering ni sangat bagus sebenarnya tau. Selain terhindar dari bahan pengawet, ia turut dapat memudahkan kerja memasak di dapur sebab boleh digunakan untuk buat pelbagai jenis menu masakan yang berasaskan sambal seperti ayam masak merah, sambal bilis, sambal udang dan banyak lagi.

Jadi bagaimana caranya untuk buat pes cili kisar anda tahan lama dan tidak berkulat? Jom ikuti perkongsian oleh Nad Adleesya di bawah. Semoga Bermanfaat!

Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • 2 labu bawang putih

Cara-cara:

  1. Guntingkan dahulu cili kering untuk buang biji bijinya.
  2. Basuh dengan air biasa.
  3. Rendamkan dengan air suam yang dah di tapis. Jangan guna air paip.
  4. Dah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih, boleh tengok cara caranya di dalam gambar. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api.
  5. Dah sejuk sket boleh tapis dan blender macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sket je. 1/4cawan macam tu jer. Lepastu boleh add on cili kering tu lagi dan lagi sampai lah siap.
  6. Masukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais.

Kredit Tip & Foto: Nad Adleesya

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!