Resipi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan. Lembut Sangat!

Entri kali ini kami ingin kongsikan resipi kek coklat moist paling senang nak buat. Cara memasaknya menggunakan kaedah kukus sahaja. Bahan-bahannya sangat ringkas dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jom Cuba!

RESIPI KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan :
– 1 cwn serbuk koko
– 1 cwn susu pekat
– 1 cwn susu cair
– 1 cwn gula
– 1 cwn minyak
– 3 biji telur

**Semua bahan kat atas masukkan dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan-bahan Ayak :
– 1 1/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu kecil baking powder

Cara Memasak :

  1. Adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung (bahan2 Ayak).
  2. Kaup@kacau balikkan.
  3. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana.
  4. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit Resipi & Foto: Nor Juliana Isa

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!