Resipi Cheesekut ini paling simple dan senang nak buat. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Rasanya cukup sedap. Cara penyediaannya juga simple sahaja. Jom lihat cara-caranya di bawah.
RESIPI CHEESEKUT MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan :
- 200-250g cream cheese
- 1 paket biskut cream crackers
- 1 kotak kecil susu segar
- 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)
Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)
Cara-cara Membuat:
1) Blend cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dlm 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
2) Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap. Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
3) Kemudian tabur milo (ni je yang ada. Ikut korang la ye. Boleh letak nestum/oreo/cornflakes). Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
4) Dah siap. Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Dapur Ciktom