Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Tersedap. Kuah Pekat Kaww!

Entri kali ini kami kongsikan resipi Ayam Masak Kicap Pedas berkuah yang super sedap. Confirm bertambah nasi! Cara masak pun mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak bahan. Ikuti resipi lengkap di bawah.

Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Berkuah Pekat

Bahan perap:

  • Ayam dicuci bersih
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang putih + halia (tumbuk lumat)
  • Pes cili 2 sudu (kurangkan jika tak suka pedas)
  • Kicap

Bahan tumis:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering
  • Daun kari
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Tomato

Cara-cara Membuatnya:

  1. Perapkan ayam bersama garam, serbuk kunyit, pes bawang putih halia dan pes cili cili.
  2. Perap sekali bersama kicap selama 15 hingga 30 minit.
  3. Tumis kayu manis dan bunga lawang.
  4. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari.
  5. Tambahkan bawang besar, bawang putih dan halia.
  6. Masukkan separuh tomato.
  7. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Simpan lebihan kicap dari perapan.
  8. Kacau sebati dan tutup periuk.
  9. Masak sehingga ayam separuh masak selama 10 minit.
  10. Tambah lebihan perapan tadi.
  11. Biarkan sehingga ayam masak sempurna.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Selvanayagi Rajalingam

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!