Resipi Ayam Bakar Simple. Dalamnya Juicy Jer. Serius Sedap!

Resipi ringkas ayam bakar perkongsian dari Dani Shoppe’s melalui grup facebook MAHN. Resipi ni, anda boleh ubah bahan-bahan sesuai selera dan citarasa anda ye. Cuba lah. Memang sedap dan puas hati makan.

RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE & SEDAP

Bahan-bahan:

Bahan A

  •  1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B (Boleh kisar atau tumbuk)

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai selera ye) 

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta

Bahan D 

  • Madu/gula

Cara Memasak:

1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati.

2. Kemudian perap ayam dengan bahan campuran tadi sekurangnya 30min.

3. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Saya guna suhu bawah 180, atas 150.

4. Masa bakar lebih kurang dalam 1 jam 30 minit.

Nota:

  • Boleh skip gula atau madu kalau tak suka. Letak madu supaya tak ada la nanti rasa masin je.
  •  Kalau guna gula, terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.. Kalau guna madu pula, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi: Dani Shoppe’s via MAHN

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!