Resipi Mudah Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Sedap & Senang Masak!

Kami kongsikan resipi mudah untuk buat ayam bakar ala Kenny Rogers. Resipi simple je dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

Bahan-bahan :
Ayam seekor/ whole leg 4
Bawang holand sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 1/2 inci
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
(bahan2 diatas semua diblend sekali)
Kentang sebijik – nanti rebus bersama ayam

Sayur untuk dibakar bersama ayam :
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang holand
Shitake mushroom

Cara Memasak Disetiap Gambar :

Tumis bahan-bahan blend tadi
Masukkan kiub ayam.. Boleh juga blend sekali tadi. Apa yg kurang, Topup la masa ni.. Mcm sos tiram ke
Masukkan ayam
Masukkan Kentang
Ni la cara saya. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu.. Sampai ayam masak.. Dan kuah pekat… Cara selamat untuk pastikan Ayam masak waktu dibakar.
Blend kentang yang direbus bersama ayam td… Tuang semula ke dalam kuali
Lepas blend kentang tadi.. Kuah jadi pekat dan lemak2.. Creamy…
Letak ayam dalam tray… Letak la sayur yang ada.. tak kesah nak sayur apa.. Sayur boleh letak sekali. Sbb ayam dah masak.. Tinggal bagi garing bahagian luar je
Sebelum masuk oven.. Letak sikit butter atas tu… Bakar suhu 200…60minit.. 15mint pertama api atas bawah.. Selebihnya.. Api atas sahaja
Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Nur Aisya

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!