Masalah nasi lembik atau terlebih air ni selalu terjadi bila kita tukar jenama atau jenis beras lain.
Sebab lain jenis dan jenama beras, lain jugalah cara sukatan airnya. Bila kita guna sukatan yang sama, nanti ada yang jadi nasi keras dan ada juga yang lembik.
Yang keras tu tak ada masalah, sebab boleh tambah air dan masak je semula. Tapi kalau yang lembik? Takkan nak jadikan bubur pula kan? Nak buang rasa membazir pula.
Bila nasi lembik nak buat apa pun tak boleh. Nak buat nasi goreng pun tak boleh. Nak makan macam tu pun rasa tak berselera.
Jadi sekiranya anda berdepan dengan masalah tersebut mungkin anda boleh cuba 2 teknik mudah dibawah ini.
2 Teknik Mudah Gebukan Semula Nasi Tanpa Perlu Memasak Nasi Baru
Teknik 1 – Menggunakan Telur
Pakej guna telur ni macam 2 in 1. Sambil anda dapat jadikan nasi gebu semula, sambil tu juga anda dapat lauk tambahan – telur rebus.
Cara-caranya
1. Cuci bersih telur .
2. Buka periuk nasi dan masukkan 1- 2 biji telur ke dalam nasi lembik tadi.
3. Kemudian tutup periuk dan biarkan seketika. Anggaran lebih kurang 10-15 minit.
Nota: Jangan tutup elektrik ye. Biarkan mod periuk dalam keep warm
4. Kemudian buka kembali periuk nasi tadi.
5. Anda akan nampak nasi dah mula jadi antic gebu semula sebab air lebihan tadi dah diserap oleh telur.
Teknik 2 – Menggunakan Roti
Jika rumah anda ada roti keping macam roti keping Gardenia atau apa-apa brand, boleh juga gunakan roti keping itu untuk lembutkan semula nasi.
Cara-caranya :
1. Letak dua atau tiga keping roti atas permukaan nasi lembik tadi
2. Tutup semula periuk dan biarkan periuk dalam mod keep warm. Anggaran lebih kurang 15-20 minit.
3. Bila nasi dah jadi lembut gebu balik, boleh keluarkan roti.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Nota: Kalau nasi anda banyak, boleh agak sendiri berapa keping roti nak letak .
Yang dah cuba pun kata petua/teknik ini memang berkesan.
Tak sangka, senang sangat rupanya nak atasi masalah nasi lembik ni kan? Hanya guna telur atau roti sahaja.
Senanglah nak masak nasi lepas ni, tak risau jadi lembik lagi.
Selamat mencuba!