Jom cuba resipi kek milo simple yang hanya menggunakan 3 bahan ni. Mudah sangat dan jimat habis. Tanpa guna tepung pun kek tetap gebu, lembut dan sedap. Kaww betul rasa coklat dia. Lihat cara-cara membuatnya di bawah. Gerenti Menjadi!
Kek Milo Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
- 2 cawan milo
- 4 biji telur
- 2 sb susu pekat
Cara-cara:
1. Blender semua bahan.
2. Kukus selama 1 jam.
3. Tutup mangkuk dengan penutup dia supaya air tak menitik atas adunan (Nanti kek tak naik dan menjadi bantat)
4. Hasil selepas siap dimasak.
5. Beginilah rupa kek yang dah siap dikukus. Basah-basah gebu!
6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Noriza Awang Hamat