Kek Batik Melting Versi Biskut Lembut Macam Kek. Serius Sedap!

Resipi kek batik melting perkongsian dari Tuan Adriana Arissa ini memang sangat sedap. Biskut dia sangat lembut macam kek. Jom cuba!

Bahan kek batik:

600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila

Bahan2 topping@ganache:

100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)

**Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara Membuat:

1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat.
Boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.

Selamat Mencuba!

P/s : Silakan share dan berniaga dengan resepi ni. InsyaAllah customer akan suka, manis pon just sweet. Tak minta banyak, doakan semoga kami dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan agar dapat membesarkan anak2 dgn sempurna. Amin

Kredit Resipi & Foto : Tuan Adriana Arissa

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!