Resipi Nasi Ayam Penyet Pedas ini sememangnya sangat sedap dan menarik. Ramai yang telah mencuba dan memuji keenakan hidangan dari resipi nasi ayam penyet ini. Jom ikuti perkongsian lengkap dari Saudara Adnilsam Apat ini. Gerenti Jadi!
RESIPI AYAM PENYET PEDAS BERSAMA KREMES RANGUP
Mula2 kita buat sambal penyet berapi dulu ye..
Bahan-bahan Sambal Penyet Pedas Berapi:
- 200gm cili api merah* ( boleh kurangkan cili api , dan lebihkan cili merah kalau tak suka pedas sgt)
- 3 biji cili merah *
- 2 biji tomato -dibelah2 kecil*
- 5 ulas bawang putih*
- 3/4 sudu besar belacan*
- 1/3 cawan ikan bilis yg dah siap goreng( dibuang perut & kepala terlebih dahulu)
- Garam
- Gula
- Perasa
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Membuat:
– Panas kan sedikit minyak dalam kuali.. Goreng semua bahan2 bertanda (*)
– Kemudian bila dah 80% layu semuanya angkat dan satu kan dengan ikan bilis goreng & lenyekkan @ tumbukkan dalam lesung.. (Saya guna lesung indon..teknik tenyeh2kan..)
– Bila dah 80% hancur tumis seketika dgn menggunakan kuali & minyak yg sama..
– Kacau2, perasakan dgn garam, gula & aji.. Lepas 5 minit tutup api dan angkat..siap!
Selepas itu boleh laa kita teruskan dgn penyediaan ayam pula..
Bahan-bahan Untuk Ayam:
Bahan2 A:
- 1 ekor ayam kampung- bersihkan, kerat 4 ( kalau takde ayam kg boleh guna ayam biasa tapi kalau boleh size agak kecil ye)
- 2 batang serai- ketuk
- 2 helai daun salam- guna yg kering pun boleh
- 1 keping hirisan lengkuas- ketuk
- 1 kiub pati ayam
- Garam
- Ajinomto
- 1 liter air
Bahan2 B (kisar halus):
- 7 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 5 biji buah keras
Cara-cara Membuat:
– Perap ayam dgn bahan2 kisar terlebih dahulu.. Perap dalam 1-2jam.. Selepas cukup masa perapan sediakan periuk yg sesuai dan satukan semua bahan2 A dan bahan2 B dalam periuk tersebut dan rebus ayam hingga ayam masak.. Anggaran masa merebus dalam 20min..
– selepas 20min tutup api.. Angkat ayam dan toskan.. Air rebusannya jgn buang ye.. Tapiskan.. Ketepikan air rebusan, sbb nanti air rebusan ni kita nak guna untuk buat kremes pula..
– Sediakan kuali dgn minyak yg agak banyak.. Panaskan.. Goreng ayam hingga garing.. Angkat ketepikan..
Penyediaan Kremes:
- 4 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- 700ml air rebusan ayam yg telah di tapis tadi
- (Bahan perasa tak perlu ye sbb air rebusan ayam tadi dah cukup rasa semua..)
Cara-cara Membuat:
– satukan semua & kacau sebati..
– adunan ini mmg sangat cair..jgn panik pulak ye.. Kalau pekat kremes nya takkan menjadi..
– Panaskan kuali dengan minyak (minyak banyak) bekas gorengan ayam tadi.. Bila minyak dah panas curahkan 1 senduk (senduk kuah ) adunan.. Jgn risau, curah je mcm biasa, tak perlu ada teknik mencurah, sebab mmg adunan automatik akan kelihatan bersarang bila masuk dalam minyak gorengan.. Biarkan je seketika…Tak perlu kacau sehinggalah adunan 3/4 garing baru di kacau supaya garingnya sekata.. Bila dah sekata garing & berwarna keperangan bolehlah diangkat.. Letak dalam penapis gorengan terlebih dahulu supaya minyaknya betul2 tos.. Seterusnya teruskan menggoreng kremes hingga adunan habis..
– Jangan susah hati pulak masa2 mula angkat ianya kelihatan lembut sbb bila dah semakin sejuk kremes ni akan jadi semakin garing & sangat rangup kruk krak.. Hehehe..
– bila dah sejuk boleh laa ramas2kan dan taburkan diatas ayam goreng tadi setelah ayam dipenyetkan..😊
Bahan2 pelengkap menu:
- Nasi putih
- Terung bakar/goreng
- Tempe goreng
- Tauhu goreng
- Salad
- Timun
- Tomato
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi : Adnilsam Apat