Cara Masak Bihun Soto Kuah Kaww Tersedap. Resipi Lengkap Dengan Bergedil & Sambal Kicap!

Pernah tak makan soto di kedai atau di mana-mana majlis yang kuah sotonya jernih macam kuah sup biasa. Ni Bam Azimad kongsikan resipi soto yg pekat & kaww kuahnya. Ala-ala Soto Madura gitu. Resipi ni kalau buat meniaga InSyaAllah ramai pelanggan datang. Memang puas hati makan.

RESIPI KUAH SOTO PEKAT & KAWW

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 10 biji bawang merah*
  • 5 biji bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • 2 inci kunyit*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 1 bungkus rempah sup (yang kecik)
  • Rempah tumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih
  • 1/4 cawan santan pekat

Cara Memasak:

  1. Kisar yang bertanda * dan gaul dengan rempah sup (A)
  2. Tumis bahan A, masukkan sedikit air.
  3. Dah garing.. masukkan santan.
  4. Masukkan ayam & air.
  5. Masaklah sampai didih, letak garam. Gula bolehlah letak sesudu kecik sebagai penambah rasa. Nak lagi sedap letak seketul stok ayam.
  6. Siap!

RESIPI BERGEDIL AYAM DAN KENTANG

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat dan direbus)
  • 1 cawang bawang goreng
  • Sedikit isi ayam yg dicarik
  • 4 pokok daun bawang (dihiris)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  • Toskan kentang yg direbus, lenyekkan kentang…Gaul bersama, isi ayam yg dicarik tadi, bawang goreng, daun bawang, garam dan 1 sudu serbuk lada hitam..
  • Bentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dgn telur yang telah dipukul tadi sebelum digoreng dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan.
    Tak perlu kerap sangat dibalik2kan ye.

RESIPI SAMBAL KICAP

– 20 biji cili padi –
– 3 ulas bawang putih –
– 1/2 cawan kicap pekat manis
– air asam jawa.
-1 sudu gula
-1 sudu kecil garam

Cara-cara:
– blender kesemua bahan, panaskan minyak dan tuang ke dalam kuali… biarkan sambal kicap masak seketika.

Bahan Hidangan:
– bihun dicelur
– Taugeh
– Suhun digoreng
– Bawang goreng
– Kacang goreng
– Daun sup dan daun bawang – dihiris halus

Selamat Mencuba!

Sumber : Bam Azimad

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!