Jom cuba resipi Bakso Original Indonesia perkongsian dari Puan Ekynn Aziz ini. Memang puas hati makan. Boleh jadikan menu hidangan tetamu di hari raya nanti. Resipi siap dengan sambal kicap. Terbaik!
RESIPI BAKSO ORIGINAL INDONESIA
Bahan-bahan:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging (bebola segera brand Ramly @ Mohd Armiya)
- 2 biji bawang merah dihiris
- 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
- 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
- 1 1/2 kiub pati daging
- Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
- Garam secukup rasa
- 2 biji bawang*
- 6 ulas bawang putih*
- 3@4 biji buah keras*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 sb serbuk lada sulah*
***Kisar/tumbuk bahan yang bertanda (*).
Nota: Serai dan daun pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Cara Memasak:
- Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
- Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan kisar/tumbuk tadi, pandan dan serai titik.
- Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
- Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye.
- Dah siap! Boleh makan dengan bihun, mee atau kuey teaw serta cili kicap.
Bahan-bahan Cili Kicap:
- Segenggam cili padi hijau
- 6 ulas bawang putih
- 1 sb cuka
- 1 sb kuah bakso
- 4 sb kicap manis
- Secukup rasa
- Garam
Cara Buat Cili Kicap:
- Rebuskan cili padi hijau dan bawang putih. Dah lembut boleh kisar/tumbuk.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain sesedap rasa. Gaul sebati.
- Dah siap.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Puan Ekynn Aziz