Resipi bihun goreng yang sedap dan paling mudah nak masak. Bihun pun rasa lembut basah-basah je, tak kering atau kasar. Ikuti cara-cara memasaknya di bawah.
Resipi Bihun Goreng Mudah & Sedap
Bahan Tumis (dikisar):
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Kering (yang dah direbus/rendam air panas)
- Udang kering
- Tomato
Bahan-bahan lain:
- Rendam bihun dengan air biasa (Jangan rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun lembik)
- Perencah Bihun Goreng Adabi – ni saya suka tambah. Lagi sedap.
- Sos tiram, kicap manis, kicap masin
- Bahan rencah/lauk pauk ikut citarasa masing-masing (Dada ayam, sotong & udang, fish ball & fish cake, daging)
- Sayur (Kobis, carrot, daun bawang)
- Tauhu yang sudah digoreng
- Bahan hiasan (hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis & bawang goreng)
Cara Memasak:
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan perencah bihun goreng adabi, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
- Kemudian masukkan rencah mengikut citarasa masing-masing seperti dada ayam, sotong, udang, fish ball, fish cake dan daging.
- Selepas dah masukkan bahan tadi, tutup kuali dan perlahan sedikit api supaya nak bagi semua rencah/lauk-pauk keluarkan air. Sebab itu saya tak letak air dlm bihun saya. Semua air dari rencah je. Pastikan tutup kuali sebab kalau tak tutup takkan keluar air banyak sangat.
- Bila semua rencah dah masak, boleh masukkan sayur. Bila semua sayur dah lembut, Masukkan garam & gula.
- Akhir sekali masukkan bihun yg dah di tos. Gaul semua sampai rata.
- Masukkan tauhu yang dah digoreng. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam atau kicap masin sikit.
- Kalau rasa kering atau bihun keras baru tambah air panas sikit.
- Untuk hiasan: taburkan hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis dan bawang goreng.
- Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Ayu Mashruddin










