Entri kali ini, kami kongsikan cara membuat sos Spaghetti carbonara homemade. Sangat jimat, kerana sekali masak, boleh dapat sekuali. Spaghetti carbonara sering menjadi menu pilihan tuan rumah untuk dihidangkan kepada tetamu di majlis rumah terbuka atau majlis-majlis keraian terutamanya kepada kanak-kanak kerana rasa sosnya yang sedap dan tak pedas. Tetapi jika hendak dibuat dengan kuantiti yang banyak, elok buat sendiri je sos carbonara ni.
Jom ikuti perkongsian lengkap cara membuat sos spaghetti carbonara homemade yang dikongsikan oleh Puan Arieza Rieza.
Cara Buat Sos Spaghetti Carbonara Homemade.
Bahan-bahan:
- Spagetti
- Butter
- Bawang holland potong dadu
- Tepung gandum 3 sudu makan
- Air 3 cawan
- Susu full cream 4 cawan
- Tatura cream cheese yang kecil dibelah 2, ambil sebahagian saja. (kisar bersama sedikit air)
- Garam, lada hitam, oregano
- Nak sedap masukkan daging cincang
- Sosej dipotong kasar
- Lada benggala
Cara Membuatnya:
- Panaskan butter kemudian masukkan bawang holland. saute sehingga keperangan.
- Masukkan daging cincang. Kacau2 sehingga masak.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau2 sehingga keperangan sedikit.
- Dah agak kering masukkan air kacau2. Jangan sampai berketul, dah ok masukkan susu full cream. Saya pakai dutch lady, baru sedap. Kalau pekat tambah lagi.
- Kemudian masukkan kesemua bahan lain.
- Pastikan tatura cream cheese di kisar dahulu dengan sedikit air supaya kuah tidak berketul.
- Bila dah secukup rasa semua, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.
- Siap!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Arieza Rieza