Cara Buat ‘Popia Cheese Krup Krap’ Paling Mudah. Hanya Guna 3 Bahan!

Buntu tak tahu nak buat kudapan apa untuk anak-anak di rumah? Boleh cuba resipi Popia Cheese Krup Krap ni.

Popia Cheese Krup Krap antara snek kudapan paling laris abad ini. Harga jualannya pun agak mahal jika nak beli sebalang. Tetapi, dengan hanya menggunakan 3 bahan, kudapan best ini siap untuk dinikmati.

Bukan anak-anak je yang suka, malahan orang dewasa pun boleh ketagih jika dah rasa snek rangup popia cheese ni.

Sesuai dijadikan kudapan waktu pergi berkelah, sambil menonton TV di rumah atau boleh juga dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Popia Cheese ini juga boleh di komersialkan dan dijadikan sumber pendapatan sampingan anda di rumah.

Mak-mak mesti cuba resipi Popia Cheese Krap Krup ni, gerenti sedap dan anak-anak suka. Silap-silap tak sedar habis sebalang. Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah.

Resipi ‘Popia Cheese Krup Krap’

Bahan-bahan:

  • 1 pek popia
  • Serbuk cheese
  • Serbuk cili
  • Gula

Cara-cara Membuatnya:

1. Gunting kulit popia dan dicarik carik.

2. Blend 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.

3. Goreng popia hingga keperangan. Kemudian, toskan.

4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan serbuk yang telah diblend tadi.

5. Goncang-goncang bekas supaya serbuk cheese bersalut rata dengan kulit popia.

Goncang macam gaya korang goncang kopok mami monster tu.
Sampai sebati.
”- Farhana Ismail

6. Siap dan sedia untuk dingap dan berebut depan tv.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : ‎Farhana Ismail‎ 

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!