Cara Buat Nasi Kari Kambing Tin Adabi Paling Senang. Sumpah Sedap!

Kari kambing semestinya menjadi makanan kegemaran ramai dan sering dicari-cari di kedai makan. Walaupun ada sesetengah orang tidak makan masakan berasaskan daging kambing kerana pelbagai sebab, tetapi jika kena dengan gaya dan ramuannya, hidangan daging kambing ini pasti memikat selera.

Kepada penggemar nasi kari kambing, boleh buat sendiri menggunakan resipi nasi kari kambing tin adabi ni. Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Amy Zuraidah.

Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah.

Sumpah sedap nasi kari kambing tin adabi ni. Makan bersama ayam rose dan jelatah..

Puan Amy Zuraidah

RESIPI NASI KARI KAMBING TIN ADABI

Bahan bahan:

  • Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6orang)
  • Beras faiza basmathi 5 cawan sedang (di cuci /rendam 15min jika tak ada PC /jika ada PC or noxxa tak payah rendam)
  • Marjerin 2 sudu + 2sudu minyak
  • Daun pandan 2 helai
  • 2 biji Bawang besar hiris
  • 1 biji Tomato potong dadu
  • Rempah 4 sekawan
  • Susu cair setengah tin
  • Akar ketumbar
  • Garam sikit

Cara Memasak Nasi:

1. Panaskan marjerin + minyak (kita tumis dalam kuali asing dahulu)

2. Tumis sampai wangi bawang besar/masuk 4 sekawan/tomato dadu/daun pandan

3. Masuk kari kambing gaul sebati

4. Masuk susu cair

5. Masuk akar ketumbar

6. Masuk garam sikit ja

7. Lepas tu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya.. lepastu tekan on (tak on memang tak masak nasi nanti..hehe)

8. Masak nasi seperti biasa

9. Masa nak kering nanti tu boleh la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia 1 rumah kemain harum ooi..

10. Dah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp!

RESIPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit + garam) digoreng separuh masak..angkat dan toskan minyak..
  • Susu cair suku tin
  • Sos cili 3sb
  • Perasa
  • Serai

(Bahan A)

– Segenggam cili merah besar
– Bawang besar 2biji
– Bawang putih 4ulas
– Halia sikit

Cara Memasak:

1. Blend/kisar bahan A hingga hancur.

2. Guna minyak goreng ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi

3. Masuk ayam + susu cair + sos cili + perasa + garam

4. Masak hingga ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang telah dihiris.

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

RESIPI ACAR NENAS

Bahan-bahan:

  • Nenas masak – potong2 dalam setengah biji belah 4 hiris nipis
  • Timun jepun – setengah juga belah 4 hiris
  • Bawang merah besar – potong 4 hiris nipis
  • Cili padi merah sebiji – hiris nipis
  • Limau kasturi – perah kan 1biji jgn lupa buang biji dia ya.
  • Garam 1sk dan gula 2sudu besar

Cara Penyediaan:

1. Gaul rata semua bahan sampai sebati semua.

2. Siap.

3. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Kak Amy Zuraidah

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!