Cara Buat Nasi Goreng Kampung Power. Resipi Paling Sedap & Senang Masak!

Nasi goreng kampung merupakan menu yang tidak asing lagi bagi Rakyat Malaysia. Rasanya yang pedas-pedas hasil dari campuran ikan bilis dan cili api yang ditumbuk kasar bersama bawang dan sedikit belacan mampu memikat selera sesiapa sahaja yang merasainya.

Nasi goreng kampung mudah didapati kerana sentiasa ada dijual di gerai–gerai dan restoran di sekitar kita.

Nasi goreng kampung juga merupakan salah satu masakan nasi goreng yang telah divariasikan oleh masyarakat kita sendiri. Ianya mempunyai ciri-ciri khas dimana kita boleh mengenal pasti nasi goreng kampung ini dengan hanya melihat sayur di dalamnya.

Nasi goreng kampung akan menggunakan sayur kangkung sebagai sayuran utama. Ikan bilis juga merupakan bahan wajib untuk memasak nasi goreng ini. Gabungan ini lah yang menjadikan rasa nasi goreng kampung lebih sedap dan menyelerakan. Selalunya, nasi goreng kampung dihidangkan bersama keropok dan hirisan timun.

Jom ikuti resipi lengkap cara-cara membuat nasi goreng kampung yang sedap dan senang masak di bawah. Perkongsian oleh Puan Bahiah Saripuddin.

Yuhuuuu. Rindu nak share resepi dekat korang ni. Breakfast tadi cheyah ketuk-ketuk kuali buat nasi goreng kampung campak-campak terus sedap sengoti. Ajommm kita layan cara buatnya yang simple begini.” –Bahiah Saripuddin

NASI GORENG KAMPUNG CAMPAK-CAMPAK

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • Sejemput ikan bilis
  • 1 ketul isi ayam potong dadu
  • 1 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili padi (cheyah guna cili hijau je)
  • 1/2 inci belacan (dibakar dulu)
  • 4-5 batang kangkung
  • Secubit garam

Cara penyediaannya:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ikan bilis dan goreng sehingga garing. (Pastikan ikan bilis dibasuh bersih terlebih dahulu). Ketepikan sebentar.

2. Bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan ditumbuk kasar untuk digunakan masa menumis nanti.

3. Tumiskan bahan tumbuk menggunakan minyak yang goreng ikan bilis tadi. Tumis hingga garing dan beraroma.

4. Apabila dah garing, masukkan pula dada ayam. Goreng sehingga dada ayam masak.

5. Masukkan kangkung. gaul rata sekejap.

6. Masukkan secubit garam. (garam boleh agak sendiri ikut citarasa masing-masing)

7. Masukkan nasi putih. Gaul bagi sebati dengan semua bahan.

8. Apabila nasi dah digaul sebati dan digoreng sempurna, boleh tabur ikan bilis garing yang telah digoreng tadi.

9. Dah siap! Boleh makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan, timun, keropok dan telur mata.

Selamat mencuba.

Kredit Resipi : Bahiah Saripuddin

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!