Kuih Tepung Pelita merupakan antara kuih tradisional yang sering dicari-cari di gerai kuih.
Malah sangat popular di Pasar malam atau Bazar Ramadhan ketika bulan puasa.
Rasa lemak manisnya yang sedap dan seimbang, menjadikan kuih ini digemari ramai orang tidak kira usia.
Bagi yang ingin membuat sendiri kuih ini, anda boleh cuba resipi kuih tepung pelita perkongsian saudari Sally Ahmad ini.
Sangat mudah kerana kuih tepung pelita ikut resipi ini tidak perlu dikukus. Hanya masak menggunakan periuk atau kuali sahaja.
Ikuti resipi lengkapnya di bawah.
CARA BUAT KUIH TEPUNG PELITA
BAHAN DOH BAHAGIAN BAWAH (HIJAU) :
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air
- Pewarna hijau
- Daun pandan
CARA MEMASAK :
- Ambil daun pandan yang telah dibersihkan. Potong 4 kerat bentukkan jadi bekas acuan. Jika tiada, boleh guna bekas plastik biasa.
1. Lipat daun untuk membentuk kotak.
2. Tapak dia pula di selang selikan macam kita nak buat tikar.
3. Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa… dah siap! mudah je kan….
2. Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan 1 sudu teh gula pasir kisar di dalam bekas.
Nota: Kisar gula pasir bagi halus. Nanti bila letak adunan hijau panas, gula akan cair jadi air gula.
3. Sementara itu, boleh mula masak bahan doh bahagian bawah
4. Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali, kacau-kacau hingga doh menggelegak dan jadi pekat. (rujuk gambar)
4. Kemudian sudukan adunan ke dalam bekas acuan berisi gula tadi hingga separuh bekas.
5. Adunan tidak perlu dikukus sebab sudah masak atas dapur sampai pekat tadi.
Nota Memasak : Biasa kalau kukus, bahagian bawah (hijau) Kuih Tepung Pelita akan jadi pejal.
Tapi, jika dimasak atas dapur hingga masak menggelegak dan tuang ke dalam acuan, teksturnya akan jadi lembut bila terkena air gula.
BAHAN DOH BAHAGIAN ATAS (PUTIH) :
- 1 cawan santan – Kalau guna sebijik kelapa, Sukat 4 cawan air dan perah. (nak dapatkan 4 cawan santan pekat)
Nota: Kalau guna santan kotak Kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
- 4 sudu tepung beras – Jangan guna cap 5 gajah ye (5 gajah ni untuk buat laksa). Guna tepung beras cap 2, 3 gajah atau teratai.
- Sedikit garam
CARA MEMASAK :
- Satukan semua bahan dalam kuali, kacau rata hingga semua bahan sebati dengan santan. Kemudian masak dan kacau sampai kuah santan jadi pekat.
2. Apabila dah masak, tuang terus lapisan kuah santan ke atas lapisan hijau dalam bekas tadi.
Nota: Proses kedua ini juga tidak perlu dikukus sebab lapisan santan telah dimasak atas dapur sampai pekat.
3. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
4. Boleh dimakan terus. Lagi sedap jika disimpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Sally Ahmad