Resipi ayam goreng seringgit ini memang sedap dan berbaloi untuk anda cuba. Lebih jimat buat sendiri kerana seekor ayam boleh dapat berpuluh ketul ayam goreng yang rangup ini.
Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan beramai-ramai. Sebab tu namanya seringgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil-kecil sahaja. Kalau rupa ayam gorengnya macam ni, bukan kata budak je suka, orang dewasa pun boleh terliur sama. hehe
Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah. Perkongsian oleh cikgu Afi AL Habibi.
Resipi Ayam Goreng Seringgit Yang Sedap
Bahan-bahan:
- Ayam kerat 18 (1 ekor)
- 2 senduk tepung bestari perisa asli
- 500 gram tepung bestari asli
- 100 gram tepung gandum
- 100 gram tepung beras
Cara-cara Membuatnya :
1. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
3. Perap ayam selama lima jam.
4. Dalam bekas lain, masukkan campuran 500 gram tepung bestari asli, 100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras. Gaul rata.
5. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
6. Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
7. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata.Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu.
*** Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng.
8. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
9. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
10. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.Nampak sedap kan?
Jimat pun jimat
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Afy AL Habibi