Dalam cuaca panas seperti sekarang ni, tekak mudah haus dan sering rasa nak minum minuman yang sejuk sahaja kan. Apalagi, jom cuba resipi Air Mango Dessert yang terlajak sedap ini. Sangat mudah nak buat. Boleh jadi penyejuk tekak yang menyegarkan.
Air mango dessert ini boleh juga dijadikan pencuci mulut, sebab dimakan bersama buah mangga segar yang telah dipotong dadu. Memang terbaik rasa dia, lemak-lemak manis.
Jom ikuti resipi lengkap dan cara-cara membuatnya di bawah. Perkongsian oleh Fatien Zaini.
RESIPI AIR MANGO DESSERT KAWW
Bahan-bahan :
- 3 cwn susu segar
- 1 paket serbuk jelly flavour mangga (masak & sejukkan serta di potong dadu
- 1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
- 1 cwn susu pekat (ikut manis yg kita nak)
- 1 cwn sagu (masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
- 1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
- 2 biji mangga (dipotong dadu)
Cara- cara Membuatnya :
1. Satukan semua bahan di atas di dalam jug air. Bancuh dan kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan ais ke dalam jug.
3. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Fatien Zaini