Menu diet dan berpantang yang sangat sedap dan berkhasiat. Jom lihat 10 resipi pilihan ini di bawah.
- IKAN SENANGIN BAKAR
Bahan-bahan:
Olive oil
Sekeping ikan senangin
Bawang putih ( hiris2)
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Serbuk kunyit
Garam halus
Cara Memasak:
Bersihkan ikan dgn air asam jawa. Perap dgn bahan2 diatas kecuali bawang putih Dan halia.boleh balut pakai daun pisang atau daun kunyit.
Panas kan olive oil dlm non stick pan / pemanggang ajaib.Grill ikan tadi smp garing. Utk ikan mcm ni wife suka garing2. Dah masak ketepikan.
Goreng halia Dan bawang putih sehingga garing. Hidangkan dgn nasi panas dan sup sayur sawi.
2. SUP LOBAK PUTIH
Bahan-bahan :
½ ekor ayam
1 batang lobak putih
2-3 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
½ inci halia
1 paket perencah sup sayur
1 kiub pati ayam
Cara Masak :
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.
Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang,
Nota kaki : Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.
3. IKAN TENGGIRI GRILL
Bahan-bahan :
1 keping isi ikan tenggiri
½ inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
Cara Masak :
Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.
Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.
Grill isi ikan sehingga masak.
Nota kaki : Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam penyediaan menu berpantang mereka untuk memanas dan menyegarkan badan. Malah ia juga membantu mengelakkan kembung perut pada bayi.
4. SUP IKAN
Bahan-bahan :
Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Sup bunjut ikan
Lada hitam
500 ml air
Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)
Cara Masak :
Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
Masukkan isi ikan dan sayur.
Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup. Siap!
5. DAGING GRILL
Bahan-bahan:
Olive oil
Daging segar bahagian lembut ( kami guna Australian beef )
Bawang putih ( hiris2)
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Serbuk lada putih ( halus )
Oregano
Rosemary
Garam halus
Cara Masak:
Bersihkan daging. Perap daging semalaman atau atleast 30min. dgn bahan2 diatas.
Panas kan olive oil dlm non stick pan atau kuali pemanggang ajaib. Grill daging tadi sehingga masak. Wife xsuka over cook. Ketepikan.
Goreng bawang putih Dan halia sehingga garing. Siap! Hidang kan dgn nasi panas atau nasi goreng cina. Ikot selera masing-masing.
6. IKAN BAWAL PUTIH
Bahan-bahan:
Olive oil
Seekor ikan bawal putih
Bawang putih ( hiris2)
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Garam halus
Cara Masak:
Bersihkan ikan dgn air asam jawa atau asam limau. Perap dengan bahan-bahan diatas kecuali bawang putih Dan halia.
Panas kan olive oil dlm non stick pan atau pemanggang ajaib,atau boleh panggang je pakai pengepit ikan bakar atas dapor gas.masak sehingga masak.ketepikan.
Goreng halia & bawang putih sehingga garing.siap!! Hidangkan dgn nasi panas Dan sayur sawi tumis air, brokoli atau ulam.
7. IKAN TENGGIRI MASAK SINGGANG
Bahan-bahan :
1-2 ulas bawang putih
½ cm kunyit hidup
½ cm lengkuas muda
1 keping isi ikan tenggiri
1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur
1 batang serai
Cara Masak :
Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.
Ketuk serai.
Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.
Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
8. AYAM GRILL
Bahan-bahan perapan ayam:
Olive oil
Ayam bahagian peha
Serbuk lada hitam ( kasar )
Serbuk lada putih ( halus )
Oregano
Rosemarry
Garam halus
Butter
Brokoli,jagung muda,karet
Bahan mash potato :
Ubi kentang 3biji
Daun sup,daun bawang
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Whipped cream
Cara Masak:
Bersihkan ayam. Perap kan ayam dgn bahan perapan,perapan seharian lagi bagus,simpan dlm peti ais.
Panas kan olive oil dlm non stick pan atau pemanggang ajaib. Grill ayam yg dh diperap td sehingga masak. Ketepikan.
Panas kan butter dlm non stick pan,masak sayur2 tadi ikot cita rasa masing2,taburkan sedikit whute pepper.wife x suka over cook.
Untuk mash potato :
Rebus ubi kentang sehingga betul2 masak. Kentang dh masak,masukkan kentang tadi dlm mangkuk,lenyekkan.
Tuang whipped cream,serbuk lada putih,serbuk lada hitam,kacau sehingga rata,masukkan hirisan daun bawang Dan daun sup.
Siap! Hidang dlm satu pinggan,boleh makan dgn tomato sos. Atau bersama nasi putih panas
9. IKAN TENGGIRI BAKAR
Bahan-bahan:
Olive oil
Sekeping ikan tenggiri
Serbuk lada hitam ( kasar )
Garam halus
Serbuk kunyit
Bawang putih ( hiris2 )
Halia ( hiris2 )
ubi kentang
Cara Masak:
Bersihkan ikn tenggiri,perap ikan dgn bahan2 tersebut kecuali bawang putih,halia & ubi kentang. Boleh balut dgn daun pisang atau daun kunyit utk aroma.
Panaskan olive oil dlm non stick pan.kitorang guna kuali pemanggang ajaib je. Panggang ikan tenggiri tadi sampai masak.ketepikan.
Goreng hirisan bawang putih Dan halia tadi sehingga garing. Goreng/grill ubi kentang dan siap!! hidang dengan nasi panas Dan sayur sawi tumis air atau brokoli tumis air.
10. SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan:
Olive oil
Sekeping ikan merah
Kulit Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Bawang putih ( hiris2)
Bawang Merah kecik ( hiris )
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Garam halus
Batang saderi
Daun sup Dan daun bawang
Ubi kentang & karot
Cara Masak:
Bersihkan ikan Merah. Panaskan olive oil dlm periuk,tumis bawang putih,bawang Merah,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan air,biarkan mendidih.
Sup dah mendidih,masukkan ubi kentang,karet biar sehingga separuh masak,masukkan ikan Dan batang saderi,lada hitam Dan prasakan dgn garam.
Siap! Hidang bersama nasi panas.
Kredit dan Terima Kasih kepada semua pemilik resipi atas perkongsian ini