Serius Sedap Grill Chicken Ni, Menjilat Jari! Ini Cara Mudah Membuatnya.

Boleh cuba resipi grill chicken ala grill chicken burger (GCB) McD ni. Memang sedap betul rasa dia. Yang dah cuba, confirm menjilat cari. Buat sendiri lagi jimat dan puas hati makan. Grill Chicken ni, boleh dimakan dengan roti burger atau dengan nasi putih. Sangat menyelerakan. Jom ikuti resipi lengkap perkongsian dari SuiSan Aliezsha di bawah. Terbaik!

Resipi Mudah Grill Chicken Ala GCB

Bahan-bahan:

  • Peha ayam (buang tulang atau beli yang dah siap untuk chicken chop)
  • Bawang putih*
  • 1 biji tomato*
  • Sos cili, Sos BBQ & Sos tiram (ayam)*
  • Lada hitam
  • Madu
  • Gula*
  • Garam*
  • Buttercup & planta

Cara-cara Membuatnya:

  1. Basuh bersih ayam dan toskan. Ketepikan.
  2. Untuk sos, masukkan sedikit air dan kisar semua bahan bertanda (*). Untuk lada hitam, kisar halus.
  3. Masakkan butter dan planta kemudian masukkan semua bahan kisar tadi.
  4. Kacau sehingga kuah jadi pekat, pastikan gula madu semua terasa cukup. Sejukkan.
  5. Kemudian perap bersama ayam tadi dalam beberapa minit. Lagi lama, lagi sedap kejadiannya.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 200°C guna api atas bawah selama 60 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Kemudian keluarkan ayam tersebut dan grill di atas kuali (kuali leper/ kuali burger pun boleh) menggunakan api dapur dalam beberapa minit sahaja.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: SuiSan Aliezsha

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!