Sedap Sangat! Cara Mudah Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia.

Entri kali ini, kami ingin kongsikan pula cara mudah untuk membuat Murtabak yang hanya dibungkus menggunakan kulit popia. Caranya sangat mudah dan bahan-bahannya juga ringkas sahaja. Jom cuba!

RESIPI MURTABAK MINI

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • isi ayam / daging di cincang
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Daun sup
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak Inti

  1. Tumis bawang yang dipotong dadu
  2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
  4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk Balut Murtabak

  1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
  2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
  3. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Yanie Mansor

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!