Sotong adalah makanan laut yang boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resipi. Salah satunya adalah sotong goreng kunyit berkuah. Menu ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Cubalah!
RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
BAHAN-BAHAN
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis
CARA MEMBUAT
- Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
- Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
- Sediakan bahan-bahan lainnya.
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
- Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
- Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
- Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
- Matikan api dan bolehlah dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Asyraf Zainuddin










