Resipi pankek gebu-gebas paling senang nak buat. Hasilnya memang sedap, tebal dan gebu gebas seakan pankek dari restoran makanan segera terkenal McD. Jom cuba!
Bahan-bahan:
– 2 cawan tepung gandum.
– 2 cawan susu segar
– 2 sudu besar baking powder
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil esen vanila
– 1 biji telur
– 2 sudu besar gula
– 3 sudu butter dicairkan.
Cara Memasak:
1. Mula-mula campurkan semua benda tu dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu dengan tangan pun boleh. Tapi kalau tak nak kacau dengan tangan, masukkan semua tu dalam blender dan blend je. Siap!
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan yer. Sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai pankek tu nampak berlubang keseluruhannya dan boleh balikkan lalu biar sampai kuning keemasan gitu.
4. Siap! Hidangkan dengan butter dan maple syrup, madu, aiskrim, susu atau apa saja yang korang suka. Nak cicah sambal pun boleh.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Saudara Khairul Abdullah