Jom cuba resipi chicken salad perkongsian dari Nabihah Azhar yang sangat lazat ni. Sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet atau yang mahu mula berdiet. Sedapnya sampai rasa nak makan hari-hari. Mudah untuk disediakan. Ikuti resipi lengkapnya di bawah.
Resipi Chicken Salad Teramat Mudah
Cara Buat Chicken Salad:
- Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut suka hati bentuk apa pun.
- Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus. (cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.

Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di Mydin je.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Nabihah Azhar














