Resipi Mee Goreng Basah Ini Memang Terbaik. Ringkas & Sangat Sedap!

Untuk peminat Mee Goreng, boleh cuba Resipi Mee Goreng Basah Kak Long ni. Sangat mudah untuk disediakan. Rasanya amatlah sedap. Lebih-lebih jika dimakan ketika panas-panas. Memang nikmat habis! Bahan-bahan untuk menyediakan mee goreng ini ringkas sahaja hanya menggunakan bahan masakan harian kita di rumah. Jom cuba!

RESIPI MEE GORENG BASAH KAK LONG

BAHAN-BAHAN:

1. Mee kuning – 1 bungkus dibilas dan tos
2. Sotong – 10 ekor dibersihkan potong dan tos
3. Fish ball – 1 paket dibersihkan potong dan tos
4. Sayur sawi jepun – 1 ikat dibersihkan potong dan tos
5. Tomato – 1 biji dibersihkan dan dibelah 6
6. Cili kisar – 4sudu besar
7. Sos cili – 5 sudu besar
8. Sos tiram – 1 sudu besar
9. Sos ikan – 1 sudu besar
10. Kicap pekat – 1 sudu besar
11. Kicap manis – 5 sudu besar
12. Kicap mee – 2 sudu besar
13. Air putih – 1 cawan kecil
14. Minyak masak – 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:
1. Cili api – 10biji
2. Bawang putih – 3 ulas
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak 2 sudu besar
2. Tumiskan cili kisar ngan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee
4. Masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil

5. Masak dan kacau-kacau bagi sebati

6. Masukkan sayur dan kacau-kacau lagi, masukkan mee kuning dan tomato dan kacau-kacau bagi sebati…SIAP!


* Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan ajinomoto sbb rasa kicap-kicap tu semua dh cukup

Kredit resipi & foto : Resepi Kak Long

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!