Resipi Maggi Kari Paling Lazat. Gabungan Rasa Kari & Tomyam Bersatu Dalam Kuah. Sungguh Menyelerakan!

Resipi maggi kari tomyam paling lazat min rasa. Gabungan dua rencah (Kari & Tomyam) bersatu dalam kuah dan terhasil lah semangkuk maggi yang penuh dengan rasa istimewa. Sungguh menyelerakan! Ikuti resipi lengkap cara-cara membuatnya di bawah. Perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Tumis:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 bawang Holland
  • 3 helai daun limau purut
  • sebatang serai dipotong tiga
  • sehiris lengkuas
  • sehiris halia
  • dua batang cili

Bahan Lain:

  • Isi ayam yang dihiris
  • 1 sudu besar pes tomyum
  • 1 1/2 cawan air
  • Perencah maggi
  • 1 sb sos cili
  • 1/2 sb sos tiram
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sayur yang disukai
  • 3 biji cendawan shitake
  • Tomato | dihiris
  • 1 ekor sotong
  • Udang
  • Maggi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan 3 ulas bawang putih dahulu dan kemudian baru masukkan bahan tumis yang lain. Selepas naik bau, masukkan kepingan isi ayam.
  2. Kemudian tambahkan pes tomyam. Boleh guna pes di bawah ini. Rasa asli dan ada autentik Thai tersendiri.
  3. Kemudian tambahkan air dan perencah maggi.
  4. Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Tambahkan secubit gula dan garam jika perlu.
  5. Tambahkan sayur yang disukai. Biarkan sayur melembut. Kemudian barulah masukkan cendawan shitake dan sedikit hirisan tomato.
  6. Masukkan seekor sotong yang dipotong dan dicuci dakwatnya.
  7. Selepas itu masukkan udang dan sedia dimasukkan maggi.
  8. Balik-balikkan.
  9. Tutup api sebelum maggi mengembang.
  10. Sedia untuk dihidangkan. Perah asam limau sebelum makan. Rasanya pasti membuka selera.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Cikgu Afy AL-Habibi

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!