Resipi Kuih Bakar Pandan Istimewa. Hanya Kisar Guna Blender & Bakar. Mudah & Sedap!

Resipi kuih bakar pandan istimewa yang sangat mudah untuk anda cuba. Lemak, manis cukup semua rasa dia. Sesuai untuk hidangan sarapan atau minum petang.

Resipi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:

  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 1 1/2 Cawan Gula
  • 3 Cawan Santan
  • 2 Cawan Air Daun Pandan
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Secubit Garam
  • Sedikit Pewarna Hijau
  • Sedikit Bijan

Cara-cara Membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di dalam blender, kecuali bijan.
  2. Blend sehingga sebati semua dan bahan tak berketul-ketul.
  3. Sapukan sedikit minyak pada loyang. Tapis adunan tadi dan tuangkan terus ke dalam loyang. Tabur bijan.
  4. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180 selama 40 minit.
  5. Siap.
Siap di bakar

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi: Alya Qistina

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!