Resipi Kek Coklat ‘Viral’. Basah-Basah Lembut. Serius Sedap!

Buat peminat tegar coklat, Korang wajib cuba resipi kek coklat Tornado ‘Viral’ perkongsian Cikgu Azlina Ina ini. Kek coklat yang basah-basah lembut gitu. Memang melting sangat!! Cuba lah.

RESIPI KEK COKLAT MOIST BASAH VIRAL

Bahan-bahan Untuk Kek:

Bahan A:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak atau marjerin cair

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus

Bahan C:

  • 1/2 cawan air panas

Cara Membuat:

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanila. Kacau rata guna senduk atau whisk.
  2. Kemudian masukkan susu pekat setengah cawan dan marjerin secawan.
  3. Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
  4. Masukkan air panas secara berselang seli dan kacau sekali lagi sehingga sebati adunan.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. (Nota: Kalau nak bakar pun takpe, tapi isi dalam bekas aluminium)

Bahan Untuk Penyediaan Coklat Ganache:

  • 500g beryls milk compound
  • 1 cawan whipping dairy
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan Coklat Ganache:

  1. Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
  2. Kacau sehingga likat dan smooth.
  3. Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti ais bawah

Bahan-bahan Untuk Topping Cheese:

  • 250g cheese tatura
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan non-dairy whiping cream
  • 1/4 cawan susu segar

Cara Penyediaan Topping Cheese:

  1. Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
  3. Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
  4. Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
  5. Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Cikgu Azlina Ina

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!