Buat peminat tegar coklat, Korang wajib cuba resipi kek coklat Tornado ‘Viral’ perkongsian Cikgu Azlina Ina ini. Kek coklat yang basah-basah lembut gitu. Memang melting sangat!! Cuba lah.
RESIPI KEK COKLAT MOIST BASAH VIRAL
Bahan-bahan Untuk Kek:
Bahan A:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak atau marjerin cair
Bahan B:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- Sedikit garam halus
Bahan C:
- 1/2 cawan air panas
Cara Membuat:
- Masukkan telur, gula dan esen vanila. Kacau rata guna senduk atau whisk.

- Kemudian masukkan susu pekat setengah cawan dan marjerin secawan.

- Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.

- Masukkan air panas secara berselang seli dan kacau sekali lagi sehingga sebati adunan.
- Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. (Nota: Kalau nak bakar pun takpe, tapi isi dalam bekas aluminium)


Bahan Untuk Penyediaan Coklat Ganache:
- 500g beryls milk compound
- 1 cawan whipping dairy
- 1 sudu besar marjerin
Cara Penyediaan Coklat Ganache:
- Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.

- Kacau sehingga likat dan smooth.
- Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti ais bawah
Bahan-bahan Untuk Topping Cheese:
- 250g cheese tatura
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan non-dairy whiping cream
- 1/4 cawan susu segar
Cara Penyediaan Topping Cheese:
- Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.

- Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.

- Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.

- Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.

- Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Cikgu Azlina Ina










